Friday, February 4, 2011

Siapa Musuh Ketat LIVERPOOL ??

Manchester United ?? Chelsea , Arsenal ataupun Spurs ??
Mari kita lihat fakta2 perlawanan Liverpool sebelum nih dengan team-team lopek nih..

Manchester United Vs Liverpool (Fa Cup)
Old Trafford (Kerepot)

Penalti yang diberikan pengadil perlawanan iaitu Howard Webb memang mengarut,, Berbatov berjaya melakonkan aksi cinta Bollywood dengan berguling-guling di atas padang mungkin akibat digeletek Daniel Agger. Dan yang paling menyeronokkan lagi ialah apabila Howard Webb menunjukkan yang dia mempunyai masalah rabun mata dan rabun warna.. Contohnya semasa Steven Gerrard diberikan 'straight' kad merah, maybe salah Gerrard tapi kalau ya pun bagi la amaran dulu botak,,  Howard Webb juga menunjukkan kemampuan 'beliau' dalam mengadili perlawanan dengan membiarkan Rafael menerjah Raul Meireles dengan menggunakan kedua-dua kakinya.. Maybe Howard Webb jealous dengan team Liverpool kot sebab team Liverpool rambut smart-smart ?

Liverpool Vs Chelsea
Anfield

Okay, Liverpool menang 2-0. Terima kasih diucapkan kepada 10 org pemain Liverpool kerana berjaya mengekang pergerakan team Chelsea. Diharapkan esok (Ahad, perlawanan Chelsea Vs Liverpool) kita dapat memulangkan gol2 yand disumbangkan oleh 'Mamat Jambu' kepada beliau dan team curang beliau . Sebagai tanda terima kasih dengan ikhlas. Hehe

Liverpool Vs Arsenal
Anfield

Kita seri 1-1 dengan Arsenal. Kesilapan kecil daripada Pepe Reina tapi kita tak pernah marah beliau disebabkan jasa beliau lebih besar daripada kesilapan2 nya. ( Sebenarnya aku malas nak tulis panjang2,, hehe)

Spurs Vs Liverpool
White Hart Lane

Separuh masa pertama, Liverpool bermain dengan mantap. Mengusai perlawanan sehinggakan Spurs gagal menyerlah. Ditambah lagi dengan kecederaan Van Der Vaart yang berlaku tak sampai 7 minit ( yeker? aku pun tak ingat lah.. )

Martin Skrtel berjaya menjaringkan gol pendahuluan dan memulangkan balik golnya kembali kepada Spurs. Bak kata pepatah Skrtel memberi Spurs merasa.. Betul ke pepatah nie ?? Aku tibai jerh.. Arghh,, guna kata lainlah k ? Senang kata Martin Skrtel dengan baik hati serta tulus budinya menjaringkan gol sendiri .. hehe. Carragher pula terpaksa keluar kerana kecederaan dan digantikan oleh 'Big Soto' .. Spurs menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin apabila Konchesky memberikan laluan untuk merealisasikan budaya orang tua dihormati, org muda disayangi kepada Aaron Lennon pada masa kecederaan. Spurs menang 2-1...


Jadi ? Apa kata korang yang tentukan siapa musuh Liverpool..
Aku rasa ..

Aku nih bengong lah kan ?

   
Kesian kau Howard,, dah la tak hensem.
You'll Never Walk Alone !

Apa? Tak paham ker? Howard Webb la musuh Liverpool FC .

Biodata ; Luis Suarez ,,


Nama Penuh ; Luis Alberto Suarez Diaz

' Befday' ; 24 January 1987 (1987-01-24) (umur 24)

 Tempat lahir ; Salto, Uruguay

Tinggi ; 1.81 m (5 ft 11+12 in)

Posisi bermain ; Serangan


' Laaa,, 1.81 m jerh tinggi hang ?? Chek lagi tinggi la bang.. '  Ejek Carroll dengan bangga .


' Apa ?? Hang pun main striker ?? Panaskan kerusi simpanan jer lah aku.. huhu.. '
 

Thursday, February 3, 2011

Liverpool Vs Stoke City

Haa,, inilah dia si pembelot tak guna,, Tak sedar diuntung.. Buat peminat2 Liverpool di luar sana tak payah la nak sedih pasal ' Mamat Jambu' nih.. Besok2 sedarlah dia apa yang dia dah buat,, takpe,, takpe.. hehe

   ' Haa Torres,,  ni dia jalan keluar.. Blah2,, En. Suarez ngan En. Carroll nak masuk nih.. Apa lagi ?? Jalan laaaaa'  Kata Kenny Dalglish kepada Torres yang jalan terhegeh - hegeh .




Tengok team Liverpool,, sempat lagi main tepuk amai - amai ;D
Inilah dia hero baru kita, Luis Suarez, pemegang jersi no. keramat Liverpool iaitu no. 7 .. Yang Lucas tuh sibuk jeh nak masuk skali gambar nih, hesyyhh..


Ok.. ini dia keputusan perlawanan .. Liverpool dilihat lebih bagus dari segi permainannya jika nak dibandingkan dengan perlawanan2 sebelum nih.. Kenny Dalglish menggunakan formasi pelik iaitu formasi 3-5-1-1.  Raul Meireles (4) meledakkan gol pertama Liverpool dengan tendangan padu maut beliau.. Manakala Luis Suarez (7) yang menggantikan Fabio Aurelio (6) berjaya meledakkan gol kedua buat Liverpool. Terima kasih diucapkan kepada mereka berdua... Dan , yang peliknya ' Big Soto' ngan Lucas main dah bagus lah sekarang nihh , jadi diucapkan terima kasih kepada mereka juga ..

Keputusannya,,
Liverpool 2 - Stoke City 0

     Kemasukan Suarez yang diiringi tepukan dan sorakan gemuruh daripada peminat - peminat di Anfield !

          ' Rak kasut kat belakang aku nih nak tukar buat rak piala untuk kelab Liverpool pulak lah '